- Melahirkan pemain yang berwibawa, berdaya saing dan kreatif. Mensasarkan sekurang-kurangnya 30 pelajar mewakili ACAA dari setiap negeri.
- Mendidik individu supaya lebih bermotivasi dan mampu menangani segala cabaran yang dihadapi.
- Mengadakan latihan persediaan yang mencukupi bagi menyertai sesuatu kejohanan iaitu sekurang-kurangnya sebulan sebelum kejohanan berlangsung.
- Menyertai pertandingan catur pra kejohanan sebelum bertanding dalam mana-mana kejohanan peringkat negeri dan kebangsaan bagi membina keyakinan diri dan menimba pengalaman.
- Menyediakan sekurang-kurangnya 20 orang pemain yang berwibawa dan mampu bersaing di peringkat kebangsaan
- Pencapaian sekurang-kurangnya 3 emas dan johan keseluruhan di kejohanan peringkat MSS Malaysia.
- Membantu pelajar akademi memenangi sekurangnya 2 emas dan memperbaiki kedudukan keseluruhan di kalangan pasukan terbaik bagi setiap kategori yang disertai di kejohanan peringkat kebangsaan.